Posted by: shidiemusa92 | March 3, 2010

Suami yang adil dalam poligami


Petikan dari Berita Minggu..

Artikel ditulis oleh Dr Jazlan Joosoph – Pakar Gynaecologist seperti berikut:-

“Tahun lalu, saya berkesempatan menguruskan dua wanita yang hamil pada masa yang sama. Yang istimewanya ialah kedua-dua wanita itu merupakan isteri kepada seorang suami yang sama.
Isteri pertama hamil anak keempat manakala isteri kedua hamil anak kedua.
Ini merupakan satu-satunya pengalaman saya memberikan khidmat kedoktoran dan perbidanan kepada dua wanita yang bermadu.
Sepanjang menguruskan kehamilan kedua-dua wanita itu, saya amat terpegun dengan apa yang saya perhatikan.
Ternyata saya amat menghormati si suami.
Beliau nampak penyayang dan lemah lembut terhadap kedua-dua isteri dan kesemua anaknya.
Sebagai ketua dalam keluarga yang besar, beliau nampaknya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah dengan penuh keyakinan, keupayaan dan kewibawaan.
Si suami yang bertugas sebagai pegawai pemerintah itu jelas bersikap adil terhadap kedua-dua isterinya.
Sewaktu hamil, kedua-dua disediakan dengan khidmat dan layanan yang saksama.
Masing-masing mendapat pakej antenatal yang terbaik ketika hamil. Di hospital KK, pakej ini dinamakan pakej premier.
Kedua-dua isteri dimasukkan kedalam kelas wad yang sama sewaktu bersalin, iaitu kelas terbaik, kelas A1.
Dan kedua-dua isteri mendapat perhatian, pengawasan dan khidmat oleh doktor yang sama, iaitu Dr Jazlan.
Saya sebagai doktor kepada kedua-dua wanita itu turut terasa harus berlaku adil kepada mereka.
Kalau nak beri ubat vitamin, harus berikan jenis dan jenama yang sama kepada kedua-duanya.
Kalau nak beri cuti sakit kepada satu, yang lagi satu pun harus dipertimbangkan. Kalau yang satu dapat gambar ultrasound bayi dalam kandungan, yang lagi satu pun harus dapat juga.
Semasa sesi janji temu diklinik, kedua-dua wanita itu hadir bersama, diiringi dengan suami dan keluarga masing-masing.
Mereka beramai-ramai datang dengan penuh keceriaan dalam suasana kekeluargaan yang rapat dan mesra.
Setiap kali saya bertemu dengan kedua-dua wanita itu, mereka senantiasa riang & mesra terhadap satu sama lain.

Mereka mepunyai hubungan yang rapat, bebas daripada pertelingkahan atau pergeseran yang biasa dikatakan berlaku dalam kehidupan bermadu.

Tidak hairanlah apabila saya diberitahu bahawa mereka bahagia tinggal serumah dan sebumbung secara harmoni.
Sewaktu bersalin, mereka saling memberi perangsang dan sokongan kepada satu sama lain.
Saya teringat semasa isteri kedua yang sedang bersalin, isteri pertama menanti diluar wad bersalin dengan penuh keresahan & kegelisahan.
Beliau tidak berhenti-henti mengangis kerana bimbang dan khuatir atas keselamatan madunya. Mujur semuanya berjalan dengan baik.
Apabila giliran isteri pertama pula yang melahirkan, isteri kedua, yang masih dalam pantang, dapat merasakan tekanan dan debarannya semasa menanti diluar wad bersalin. Jelas sekali beliau mengambil berat tentang kesihatan dan kesejahteraan madunya.
Saya sekadar memberikan satu contoh positif dimana mahligai yang telah dibina atas nama poligami, boleh menjadi satu (atau dua, tiga, empat) mahligai yang bahagia dan harmoni.
Yang penting ialah sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

sumber : http://alyafarihah.blog.muslimsocial.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: