Posted by: shidiemusa92 | March 16, 2010

Kita Gagal Sebab Kita Disuruh Berjaya


Sebut pasal gagal, ramai orang tak suka cakap.

Gagal ni menyakitkan. Tiap kali ingat usaha-usaha kita yang gagal, kita jadi sakit hati.

Untuk membuat kita bermotivasi sentiasa, kita perlu bersangka baik pada apa jua perkara. Ini termasuklah bersangka baik pada kegagalan. Kegagalan amat baik buat diri kita kerana ia membuat kita semakin maju ke depan sebab kita rasa tercabar.

Kita gagal sebab kita disuruh untuk berjaya. Bila dah gagal, itu maknanya kita kena buat lagi dengan lebih baik di masa akan datang. Buat lagi. Andai kata gagal sekali lagi, buat lagi sampai betul-betul menjadi.

Gagal hanyalah satu proses menuju kejayaan.

Setiap orang yang mahu berjaya pasti akan melaluinya. Di dalam kesusahan, ada kesenangan-kesenangan yang kita tak nampak. Semua kesenangan-kesenangan tu menanti untuk kita garap, untuk kita genggam di dalam tangan kita.

Kegagalan amat suka pada orang yang tak berhenti berusaha. Dia usaha, usaha, usaha tanpa mengenal erti penat lelah.

Kegagalan tak suka pada orang yang usahanya hanya sementara, sebab itulah orang yang usahanya asyik berubah-ubah langsung tak pernah mencapai apa-apa kejayaan. Lihat sekeliling Anda, kita leh nampak ada banyak orang camni.

Tak ada cara mudah untuk berjaya, tak ada ’shortcut’ atau jalan pintas.

Anda kena berusaha keras. Anda kena menempuh kegagalan, barulah Anda beroleh kejayaan. Mulai hari ini, serapkan dalam minda yang kegagalan tu sebenarnya bukanlah perkara yang menyakitkan, sebaliknya ia perkara yang baik untuk mendidik Anda menjadi dekat dengan kejayaan.

Secara saikologinya, kita kena dilatih bersusah-susah dahulu, barulah kita boleh beroleh kejayaan.

Jika kita beroleh kejayaan dahulu sebelum bersusah-susah, kejayaan yang kita peroleh tu tak kekal lama, bahkan kita tak akan merasa berdaya mencapai kejayaankejayaan seterusnya yang jauh lebih besar, lebih hebat pencapaiannya dari kejayaan sedia ada. Lagipun, minda kita kurang ‘matang’ apabila kita bersenang-senang dulu sebelum kita bersusah-susah.

Sumber : http://www.imotivasi.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: