Posted by: shidiemusa92 | April 10, 2010

Marahnyer..hehe


Perlukah kita marah-marah?

Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati.

Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.

Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita.

Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.

Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.

Marah sifatnya api. Api punya selalunya menjadi pembinasa sebab api memakan semua yang dibakar olehnya. Apa saja yang bersifat api pasti membakar, memusnah, termasuklah sikap marah.

Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan cinta lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati Anda apabila Anda menjadi orang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.

Air sifatnya sejuk, mendekatkan dan mencantumkan. Sel-sel tubuh badan kita termasuklah tisu-tisu badan yang ada di otot kita mengandungi air cuma dalam jumlah yang amat sedikit. Kerana air, sel-sel badan kita dapat bergerak dengan cukup baik menjadikan kita aktif. Asal sel, memang mengandungi air.

Bertenang tu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.

Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan.

Cuba tengok simen yang diguna untuk buat bangunan. Simen terhasil dari gabungan di antara pasir dan serbuk simen, dicampur dengan air supaya kedua-dua bahan mentah tu bergabung membentuk simen cair. Nyatalah air memang sifatnya membina dan menyatukan.

Mulai hari ini, elakkan sikap mudah marah, suka marah-marah. Elakkan sikap menampakkan air muka pemarah kerana sikap sebegitu akan menghancurkan jalan Anda menuju kejayaan dan kebahagiaan.

Bila Anda menjadi orang pemarah, tak ada siapa suka nak dekat. Kalo ada yang datang mendekat,  maknanya mereka sedang berlakon untuk mengambil hati Anda.

Bila sudah tak ada siapa nak dekat dengan Anda, tak ada siapa yang akan suka membantu Anda untuk jadi orang berjaya. Pasangan hidup Anda tak akan kekal bersama dengan Anda. Kawan-kawan menyisihkan Anda. Ibu dan bapa Anda tak berapa ngam dengan Anda.

Elakkan sikap marah, kurangkan dan kawal. Cabaran paling besar untuk kita berjaya dalam bidang kita bukanlah dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri. Kita berdepan dengan cabaran mengawal sikap marah yang dah lama ada dalam diri kita.

sumber : http://www.imotivasi.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: